hola!
lama jugak aku menyepi..
kini kembali dengan cerita yang agak suram.
haha..
kenapa ya. kalau suram blog yang jadi mangsa,
hoh! okay..
mari mulakan cerita..
bermulanya bila sebaris ayat yang mengguriskan hati dilontar tanpa noktah mahupun tapisan
bukan pintaku badan ku sebegini..
jika mudah jalan ku..
ingin ku terus membanting tulang untuk mencari rezeki di pusat membeli belah itu..
tapi apakan daya..
mungkin setakat ini sahaja perjalanan ku disana..
keputusan ku untuk berhenti bukanlah sebab malas dan letih..
tetapi kerana kasihan ku terhadap keluargaku yang terpaksa berjaga hanya untuk menjemputku pulang dari kerja, kerana kau yang menyakitkan hati, dan kerana hati yang ingin dijaga. .
ahhh..hal sekecik itu pun kau nak fikirkan..
memang lah kecik.. tapi kau tak pernah rasa..macam mana kalau berada di tempat aku..
kau senang lah..keluarga yang kecil..dan kebanyakan nya sudah tidak tinggal bersama..
tapi aku? dengan rumah lagi nak dikemas..
satu hal yang aku puji pasal kau..
straight-forward..
tapi satu hal yang kau lupa..
hati dan perasaan manusia di sekeliling kau..
aku tak pernah minta diambil berat..
satu pintaku..pengertian sebagai kawan..
kalau tidak pun..sebagai insan biasa yang punya hati dan perasaan sama seperti kau.
aku tidak pinta untuk berbadan besar..
tidak juga ku bermaksud tidak bersyukur dengan kurniaan nya..
boleh tak kau jangan bergurau sampai ke size bra..
aku malu..
hurm..
hah. satu hari tu rasa nak nangis..
mana tak nya..sehari sebelum itu pun kau bergurau benda yang sama..
membuatkan aku kurang yakin terhadap diri sendiri.
kerana tidak tahan akan sikap kau dan takut akan menjadi satu masalah
aku putuskan untuk berhenti-
kita memang tak boleh bersama. .
mungkin hanya boleh jadi teman jaoh.
sigh!
hidup penoh dugaan! :)
Monday, October 31, 2011
sepi
Posted by . . . . at 7:06 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment